Pantun Teka-Teki Berkaitan Tambah
Soalan:
Cantik sungguh kereta Kenari, 13 + 4 = ?
Dibeli oleh seorang nyonya,
Kalau anda bijak bistari,
Tiga belas tambah empat apa jawapannya ?
Jawab jangan tak jawab....agak-agak ada tak yang nak jawab pantun ini ? Saya ada satu lagi pantun. Dengar ye...
Makan tempe dengan tauhu, 24 + 9 = ?
Ubi kayu cicah kelapa,
Saya di sini ingin nak tahu,
Dua puluh empat tambah sembilan sama dengan berapa ?
Cukuplah 2 pantun dulu. Nanti lain kali saya akan masukkan lagi. Aktiviti ini kita boleh jalankan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Kira gabungjalin dengan mata pelajaran Bahasa Melayu la ni. Baiklah kawan-kawan. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment